Salleh Ibrahim

Salleh bin Ibrahim (1 November 1947 – 8 Mac 2020) ialah pemain bola sepak Malaysia.[1] Beliau berkerja sebagai pegawai penjara (bola sepak di Malaysia masih belum profesional pada ketika itu) sambil mewakili Jabatan Penjara, Kelantan FA, Perak FA dan Singapore FA semasa kerjaya bola sepaknya.[2] Beliau juga bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia serta bertanding dalam kejohanan lelaki ketika Sukan Olimpik Musim Panas 1972.[3] Beliau mendapatkan mata sebanyak 3-0 lantas menang melawan Amerika Syarikat dalam peringkat kumpulan.[4]Beliau telah meninggal dunia pada hari Ahad 8 Mac 2020 pukul 12.30 tengah hari di kediamannya di Pengkalan Chepa selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu selama seminggu akibat penyakit bengkak hati.[5] Jenazah beliau telah disembahyangi pada hari yang sama di Masjid Pengkalan Chepa selepas solat Asar sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Landak, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Beliau meninggalkan seorang balu serta enam orang anak.[6]